Info tambahan tentang i-charge?


Tuesday, July 8, 2008

Testimoni i-CHARGE

Testimoni :

#1 - Pertama kali guna i-Charge kat kereta Naza ria saya, terasa lebih ringan dan pickup masa memotong dan naik bukit, memang terasa perbezaan sebelum dan selepas guna. Dapat extra KM dalam perjalanan jauh, sebelum kalau isi RM100 dapat 370++KM selepas guna dengan isian yang sama saya dapat dalam 450++KM. (yazs 0129250789)

#2 - Drive balik kampung baru rasa perubahan pada kereta saya. Pickup dan kuasa memotong memang best. Bila saya overtake kereta tak macam biasa, power double dari sebelum guna i-charge! (Halim 0129595969 )

#3 - Yess!! Citreon zx 2.0 aku..Sebelum 0.25/km, selepas guna i-charge 0.19/km..hebat tu..sungguh berkesan. (En Amri B'woth)

#4 - Saya dah alami perubahan pd kereta Gen 2, terasa lebih pick up dan selesa bila drive. Insyaallah produk ni boleh meletup kat politek..(En. Amirul)

#5 - Test myvi 1.3 manual sxi, penang-simpang pulai-cameron highland-tapah-penang. Jalan jam, highway, berbukit, townroad. Minyak usage RM70 dan jarak 650KM. Speed 60KM-140KM. Ni latest yg saya bawa, ( En Nasrul)

#6 - Pickup OK, minyak dapat penjimatan 30% dalam pemanduan normal utk Naza Ria saya, tq (Naza Ria - Cikgu Othman Bentong)

#7 - I-charge terbukti berbaloi, WAJA I dapat 13KM setiap liter! Penjimatan 30%! (Abg Borhan)

#8 - Vios 1.5, 1 liter dpt 15KM. Lbh jimat dari waja setelah guna i-charge. (Cikgu Sakir)

#9 - Petrol jimat 10 liter per 100KM panduan jalan raya dari KL ke Gua Musang. Kami refill di gua musang, guna pakai di kb, p. mas, rantau panjang, ulang alik ke pcb dan kb selama 4 hari tanpa tambah petrol, pada hari ke 4 baru refill di p. mas balik ke KL. Jam gila jalan dari machang ke kuala krai, gua musang. slow drive..jimat petrol benar2 jimat. Aircond sejuk gila, kereta pikcup, masa tukar dari gear 2 dah tentu laju kuat la, panjat bukit relax tak macam dulu2 saya pandu sebelum pakai i-charge (Razali puchong)

Jangan tunggu lagi! Dapatkannya sekarang dan jimat $$$ anda!
SMS (0129721315/0123459450) or emel kami di alamat fyzul2001@yahoo.com/ctfarazila@gmail.com & kami jamin akan balas dalam masa kurang daripada 1 jam!

Harga i-Charge

Senarai Harga

Negara

Harga e-Member

Harga Jualan Runcit

Malaysia

RM 630

RM 648

Indonesia

Rp 1,924,000

Rp 2,080,000

Singapore

SGD 281

SGD 304

Thailand

THB 6,290

THB 6,800

Taiwan

NT 6,290

NT 6,800

China

RMB 1,425

RMB 1,540

Brunei

BND 281

BND 304

Hong Kong

HKD 1,554

HKD 1,680
















e-Cash

Negara

Kadar Pertukaran

Malaysia

1 : RM 3.30

Indonesia

1 : Rp 9,200.00

Singapore

1 : SGD 1.40

Thailand

1 : THB 32.00

Taiwan

1 : NT 31.00

China

1 : RMB 7.10

Brunei

1 : BND 1.40

Hong Kong

1 : HKD 7.80














Caj Penghantaran

Kuantiti

Asia (I)

Malaysia

1 unit

USD 20

Kawasan-kawasan di

Malaysia

-Percuma-

2 unit

USD 10

3 unit

USD 10

4 unit dan

ke atas

Percuma













* Asia (I) meliputi – Brunei, Hong Kong, Indonesia, Macau, Filipina, Taiwan, Negara Thai.
* Caj penghantaran di atas tidak termasuk duti kastam dan duti-duti lain.
* Tempoh masa penghantaran tertakluk kepada prosedur-prosedur pihak kastam yang berkuatkuasa.

i-Charge Soalan dan Jawapan

1. Apa i-CHARGE?

i-CHARGE merupakan satu produk elektronik istimewa yang meliputi 3 sistem iaitu Sistem Pemantap Voltan (VSS), Sistem Doktor Bateri (BDS) dan Sistem Pengurangan Gangguan (IRS).

2. Bagaimana i-CHARGE meningkatkan keberkesanannya?Apakah kelebihan-kelebihan yang boleh kita nikmati setelah i-CHARGE dipasang?

Pemantap Voltan i-CHARGE akan membantu kereta anda sentiasa berkeadaan optimum. Sistem Pemantap Voltan (VSS) i-CHARGE khas direka cipta untuk melindungi semua litar dan kelengkapan elektronik dalam kereta, supaya ia memiliki bekalan kuasa voltan yang stabil. Apabila kereta terpaksa menampung muatan yang lebih, seperti memecut kereta atau memasang alat penyaman udara, kuasa voltan daripada sistem elektronik yang lain akan disalurkan kepada sistem ini demi menggerakkan sistem elektronik yang baru ini. i-CHARGE berfungsi untuk mengelakkan bekalan kuasa voltan itu menjadi lemah secara tiba-tiba. Ini kerana ia berupaya untuk menyimpan, membebaskan tenaga dan menstabilkan litar elektronik pada masa yang sesuai. Dengan itu, ia dapat memastikan semua kelengkapan elektronik kereta beroperasi dengan lancar. Reka bentuk i-CHARGE kedua pula tentang Sistem Doktor Bateri (BDS) yang membantu anda memeriksa dan mengesan kuasa voltan bateri. Apa yang anda perlu buat, cuma tekan satu lampu LED (MERAH) yang direka khas pada papan i-CHARGE, tanpa membuka hud enjin kereta. Apatah pemandu wanita juga mampu mengendalikannya dan memahami keadaan bateri secara mudah. Reka bentuk i-CHARGE ketiga, Sistem Pengurangan Gangguan (IRS) yang berfungsi untuk mengurangkan gangguan bunyi bising yang dihasilkan oleh komponen elektronik kereta. Ia juga mengelakkan isyarat elektronik daripada terganggu dan berlakunya kesilapan. Kini, kereta menggunakan pelbagai jenis komponen elektronik, seperti badan manusia. Ia bukan saja mengandungi reseptor (seperti saraf tunjang tangan), reflektor (seperti sistem saraf motor), isyarat maklumat yang diterima oleh penggerak (seperti penderia gegaran) dan dihantar kepada Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) kereta untuk pemprosesan. Kemudian, maklumat baru akan dihantar kembali kepada reflektor (seperti palam pencucuh) untuk proses pembetulan kesilapan. Gangguan bunyi bising akan menjejaskan ketepatan CPU kereta untuk bergerak balas. IRS berperanan untuk menapiskan semua isyarat bunyi bising dan membolehkan kereta beroperasi dalam keadaan yang berisyarat bunyi rendah, sehingga pemindahan isyarat di antara reseptor dan reflektor dalam kereta boleh berlaku dengan lebih tepat dan berkesan.

3. Bagaimana i-CHARGE dipasang dan diguna?

Cara penggunaan i-CHARGE semudah membaca ABC. Ia boleh digunakan serta-merta selepas anda memasang soket i-CHARGE pada suis pencucuh.

4. Berapa lama jangka hayat i-CHARGE?

Biasanya, jangka hayat purata untuk produk elektronik bertahan selama 5 tahun, begitu juga dengan ramalan jangka hayat i-CHARGE. Namun, jika anda menggunakannya dengan cermat, ia boleh bertahan lebih lama, kira-kira 10 tahun.

5. Bagaimana anda tahu i-CHARGE tak berfungsi lagi?

Secara teorinya, i-CHARGE akan beroperasi sepanjang masa, kecuali ia rosak. Anda boleh tekan Butang Doktor Bateri untuk memeriksa sama ada lampu LED HIJAU masih menyala. Kalau ya, ini bererti i-CHARGE berkeadaan baik. Jika lampu LED terpadam, ini juga tidak bererti i-CHARGE bermasalah. Namun, kami menasihatkan anda agar memulangkannya kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika ia masih dalam waranti, syarikat akan membaiki atau menggantikannya dengan i-CHARGE yang baru secara percuma.

6. Ketika anda tekan Butang Doktor Bateri, lampu LED MERAH atau LED HIJAU menyala, apa maksud tanda-tanda ini?

Ini reka bentuk i-CHARGE yang khas diciptakan untuk bateri kereta. Kedua-dua situasi ini memaklumkan anda :
a) Lampu LED HIJAU menyala : Kuasa voltan normal, bateri berkeadaan baik.
b) Lampu LED RED menyala : Kuasa voltan abnormal, periksa bateri sama ada ia perlu digantikan.

7. Bila i-CHARGE mula beroperasi?

Biasanya, i-CHARGE akan mula beroperasi selepas suis pencucuh kereta dipasang untuk beberapa saat.

8. Adakah i-CHARGE akan merosakkan kereta jika berlaku kerosakan?

Tidak, sebab i-CHARGE hanya satu kelengkapan tambahan yang disambungkan kepada bateri kereta menerusi suis pencucuh. Ia bertindak sebagai pengawal kereta saja. Apabila ia berhenti berfungsi, kereta tetap akan beroperasi seperti keadaan biasa semula, tanpa mendatangkan apa-apa kesan kepada kereta. Sudah tentu, anda tidak dapat menikmati kelebihan-kelebihan yang ada pada i-CHARGE lagi. Namun, anda boleh menikmati kelebihan i-CHARGE semula dengan membelinya daripada pengedar yang terdekat jika anda rasa perlu.

9. Adakah kereta akan rosak jika i-CHARGE tidak digunakan buat seketika dan kemudian digunakan semula?

Tidak, sebab ketika anda berhenti menggunakan i-CHARGE, kereta akan beroperasi seperti keadaan biasa semula. Selagi anda menggunakannya semula, awak akan berpeluang menikmati segala kelebihan yang diperuntukkan oleh i-CHARGE semula.

10.Adakah kereta akan rosak jika i-CHARGE tidak digunakan buat seketika dan kemudian digunakan semula?

Tidak, sebab ketika anda berhenti menggunakan i-CHARGE, kereta akan beroperasi seperti keadaan biasa semula. Selagi anda menggunakannya semula, awak akan berpeluang menikmati segala kelebihan yang diperuntukkan oleh i-CHARGE semula.

11. Adakah i-CHARGE selamat digunakan?

Ya, ia amat selamat digunakan, sebab daya gerak i-CHARGE disalurkan oleh arus elektrik terus (DC) bateri kereta, yang tiada sinaran radioaktif dan gelombang magnetik. Ia hanya akan memudaratkan badan manusia apabila ia menggunakan arus elektrik ulang-alik (AC) seperti peralatan elektronik rumah kerana ia membebaskan gelombang magnetik elektrik. Selain itu, pemasangan i-CHARGE tidak perlu mengubahsuai sebarang alat-alat kelengkapan kereta dan tidak akan merosakkan kereta anda.

12. Bolehkah i-CHARGE dipasang untuk motosikal?

Boleh, keberkesanannya adalah sama dengan pemasangan kereta. Tetapi, kebanyakan motosikal tiada suis pencucuh. Anda perlu mencari pakar untuk memasang sistem wayar dan soket suis pencucuh di luar, supaya i-CHARGE boleh dipasang. Anda juga boleh mendapat khidmat nasihat daripada syarikat.

13. Bagaimana i-CHARGE menjimatkan penggunaan petrol kereta?

Penjimatan petrol banyak bergantung kepada penyalaan enjin kereta. Penyalaan ini pula dipengaruhi oleh kuasa voltan pencucuh. Para mekanik atau pakar kereta memang jelas bahawa kuasa voltan pencucuh adalah di antara 12000-14000 volt. Mustahil mereka memasangkan pencawang elektrik yang berkuasa tinggi di dalam kereta. Dengan itu, pakar kereta pun bijak menyalurkan arus aruhan daripada bateri yang berkuasa 12V untuk menghasilkan kuasa voltan pencucuh yang lebih tinggi, supaya bekalan arus menjadi lebih rendah dan selamat digunakan. Tetapi, ada satu masalah yang akan timbul. Jika arus aruhannya diperkuatkan sebanyak 1000 kali ganda (12V akan menjadi 12000V), ini bererti, perubahan arus sebanyak 0.1V dalam bateri akan meningkatkan kuasa palam pencucuh sebanyak 100V, yang mengakibatkan proses pembakaran petrol enjin tidak lengkap dan membazirkan petrol. i-CHARGE berfungsi untuk menstabilkan kuasa voltan bateri. Apabila ia mengesani ada perubahan arus elektrik, ia akan menyimpan dan membebaskan tenaga pada masa yang sesuai, supaya kuasa voltan bateri dan suis pencucuh dikekalkan. Dengan itu, proses pembakaran petrol yang lebih sempurna akan berlaku dan kos petrol boleh dikurangkan secara berkesan.

14. Adakah i-CHARGE akan menyingkatkan jangka hayat bateri kereta?

Mungkin anda rasa musykil, jika i-CHARGE boleh menyimpan dan menyalur tenaga daripada bateri kereta, pasti penggunaan kuasa voltan bateri bertambah berbanding dengan masa sebelum ia dipasang. Padahal, keadaan sebaliknya pula berlaku, kerana i-CHARGE berfungsi sebagai bateri kereta yang kedua. Ia bukan saja membantu alat-alat kelengkapan elektronik kereta berjalan lancar, malah mengurangkan bebanan dan kuasa voltan bateri yang tinggi, dan seterusnya memanjangkan jangka hayat bateri. Selain itu, Sistem Doktor Bateri juga membolehkan anda memeriksa kuasa voltan bateri dengan lebih mudah. Oleh itu, i-CHARGE hanya memanjangkan jangka hayat bateri, sepertimana kita menjalani pemeriksaan kesihatan badan secara tetap.

15. Adakah tenaga bateri akan kehausan jika i-CHARGE masih dipasang selepas enjin kereta dimatikan?

Selepas enjin kereta dimatikan, i-CHARGE tidak akan merosakkan bateri kereta jika ia masih dipasang. Ini kerana kebanyakan kereta memiliki reka bentuk yang tersendiri. Suis pencucuh akan berhenti beroperasi (mengelakkan ia terbakar sendiri) selepas enjin dimatikan. Lantaran pemutusan litar elektrik, kuasa voltan bateri tidak akan kehausan. Lagipun, i-CHARGE hanya memerlukan kuasa voltan yang kecil untuk beroperasi, berbanding dengan kapasiti bateri yang besar. Namun, kami ingin mengesyorkan, jika anda tidak menggunakan i-CHARGE untuk beberapa minggu atau bulan, lebih baik litar elektrik bateri diputuskan, sebab kelengkapan elektronik kereta akan menghauskan kuasa bateri lebih cepat daripada i-CHARGE tanpa mengira ia digunakan atau tidak. Bagi pemilik motosikal pula, anda dinasihatkan agar mencabut i-CHARGE keluar demi mengelakkan sebarang kecurian dan kehausan bateri berlaku. Ini kerana kapasiti bateri motosikal adalah jauh lebih kecil daripada kereta, jadi, kuasa voltan baterinya lebih cepat menjadi kehausan. Justeru itu, baik i-CHARGE dicabut selepas enjin motosikal dimatikan.

16. Siapa sasaran utama dalam penggunaan i-CHARGE?

Jangan anda ingat, i-CHARGE hanya direka cipta khas untuk para pemilik kereta yang cenderung untuk mengubahsuai atau menghiasi kereta mereka. Sebenarnya, ia dihasilkan untuk setiap pemilik kereta, terutamanya kereta lama atau alat-alat elektronik yang berkuasa voltan lemah. Namun, segala kecacatan tersebut boleh diatasi dengan pemasangan i-CHARGE kerana ia bukan saja mudah dipasang, apatah menyalurkan kuasa voltan yang stabil kepada semua alat elektronik supaya berfungsi dengan lebih cekap. Lebih-lebih lagi pada masa harga petrol yang kian melambung tinggi ini, ia banyak menjimatkan kos penggunaan petrol enjin anda. Jadi, belilah i-CHARGE, satu tindakan yang bijak bagi anda! Selain itu, i-CHARGE juga sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan, misalnya kereta peribadi, limusin, kereta RV, lori, bas dan sebagainya tanpa mengira ia mengguna petrol, diesel, petrol plumbum atau bukan plumbum.

17. Apakah perbezaan di antara i-CHARGE dengan produk-produk berjenama lain?

i-CHARGE boleh menjadi unik dalam pasaran produk, kerana ia berasaskan “Sistem 3 Dalam 1”, dikemukakan oleh syarikat Jepun ZERO-MAX yang berpengalaman dan menggunakan teknik yang mahir dalam penghasilan produk kereta buat berpuluh-puluh tahun. Mereka juga sentiasa meningkatkan teknologi untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi demi memanfaatkan para pengguna. Sesungguhnya, i-CHARGE menggunakan komponen-komponen elektronik yang berkualiti tinggi dan bahan aloi aluminium yang lebih tahan terhadap kepanasan dan gegaran yang kuat berbanding dengan produk-produk berjenama lain. Dengan bersadur aloi aluminium sebagai pembalut, i-CHARGE berupaya mengatasi perubahan cuaca dan kelembapan yang melampau demi melindungi sistem litar elektrik i-CHARGE. Selain itu, ia juga merupakan satu-satunya pemantap voltan elektrik yang dicipta dalam pasaran dengan menyambungkan soketnya kepada suis pencucuh dalam kereta secara langsung. Produk yang berjenama lain pula perlu dipasang ke dalam petak enjin kereta yang mungkin terdedah kepada suhu panas yang tinggi, bahan-bahan kimia dan gegaran. Pasti anda boleh bayangkan, sama ada i-CHARGE yang dipasang di dalam kereta atau produk lain yang dipasang di dalam petak enjin mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, lebih-lebih lagi di bawah bahangan matahari yang terik seperti di Malaysia?

18. Mengapa i-CHARGE tidak boleh dipasang atau dicabut daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu?

Anda tidak digalakkan untuk berbuat sedemikian memandangkan tindakan tersebut akan memudaratkan Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) atau sistem perlindungan litar elektrik (misalnya fius) akan terbakar. Semasa i-CHARGE beroperasi, kadar aliran arus elektrik negatif akan menjadi lebih tinggi dan stabil. Jadi, VSS memerlukan kuasa voltan yang lebih tinggi untuk mengawal kestabilan voltan yang disalurkan kepada alat-alat elektonik dalam kereta. Jika anda tiba-tiba mencabut soket i-CHARGE keluar, ia akan mengakibatkan CPU mudah menjadi rosak. Tindakan ini sama seperti anda mencabut soket komputer daripada sumber arus elektrik dan menyebabkan formula program komputer terganggu. Dalam hal ini, i-CHARGE dilengkapi 2 pelindung fius dalam soket dan litar elektrik supaya keselamatan anda dijaga. Selain itu, syarikat juga memberi satu tambahan fius untuk soket bagi setiap pembelian i-CHARGE supaya pengguna boleh menukarnya jika kemalangan berlaku. Namun, anda dinasihatkan agar menghantar i-CHARGE kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika perubahan kuasa voltan bukan ketara sangat, i-CHARGE masih mampu menyesuaikannya dalam masa yang cukup dan tidak akan menjadi masalah jika anda mencabutnya secara tidak sengaja. Sama ada produk itu i-CHARGE atau produk elektronik yang lain, anda tetap dinasihatkan supaya jangan mencabut i-CHARGE sesuka hati ketika kereta dipandu demi menjaga jangka hayatnya.

Monday, July 7, 2008

Pengetahuan Am (Jimat minyak dengan icharge)

Letakkan kereta di tempat berteduh
Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah.

Jangan melengahkan penyenggaraan berkala
Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3% jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi keselamatan anda. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan.

Bersihkan plag pencucuh
Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol.

Kurangkan alat elektrik
Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera, stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol.

Kurangkan bebanan
Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol juga akan bertambah 1-2%.

Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang
Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya, pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.

Panduan praktikal daripada Pakar Penjimat Petrol

Bersama-sama kita jimatkan petrol demi memulihara alam sekitar!

Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar.
Semasa hidupkan enjin

• Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan
Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.

Memandu sambil memanaskan kereta
Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.

Semasa isikan minyak
Jangan bertindak keterlaluan
Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.

Dalam perjalanan
Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut
Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.

Elakkan memecut!
Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.

Perintang
Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.

Elakkan kerap menekan brek
Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.

Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik.

Keistimewaan produk i-CHARGE

Meningkatkan gerak balas penekan petrol dan kuasa motor enjin.
• Mengurangkan kadar kesilapan CPU kereta, meningkatkan kecekapan peralatan elektronik kereta.
• Melancarkan proses penukaran gear kereta
• Membaiki dan memecutkan gerak balas motor enjin supaya lebih menjimatkan petrol.
• Memaksimumkan kecekapan penghidupan enjin supaya berjalan lebih lancar.
• Memanjangkan jangka hayat sistem litar elektrik dan alat-alat elektronik kereta.
• Cara pemasangan yang mudah dan selamat digunakan. Satu pilihan DIY yang pertama bagi pemandu wanita
• Sesuai untuk semua jenis kereta dan motosikal.
• Mengurangkan gangguan bunyi bising menerusi pena
pis gangguan bunyi, supaya menyediakan sistem bunyi yang lebih berkesan.
• Dilengkapi dengan 2 Pelindung Fius untuk perlindungan yang lebih baik dan selamat digunakan.
• Meningkatkan gerak balas RPM dengan kadar pecutan yang tinggi walaupun alat penyaman udara kereta dipasang pada tahap
maksimum ketika cuaca panas.
• Mengurangkan kadar pembebasan gas-gas karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC) ke udara.
• 12 bulan waranti produk.


Laporan Ujian

Jadual Perbandingan Ujian Tork Enjin (Engine Torque) : Jadual Perbandingan Pembebasan gas-gas karbon monoksida(CO) dan hidrokarbon (HC).



Ciri-Ciri Khas i-CHARGE

Pemantap Voltan i-CHARGE merangkumi 3 sistem, yakni :
Sistem Pemantap Voltan
• Sistem Doktor Bateri
• Sistem Pengurangan Gangguan

Petunjuk Lampu LED bagi Sistem Doktor Bateri i-CHARGE adalah seperti berikut :


Fungsi dan Keberkesanan i-CHARGE

• Menjimatkan petrol secara berkesan
• Menstabilkan gerak balas RPM
Meningkatkan tork enjin (engine torque)
• Meningkatkan kuasa motor enjin kereta
Mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta


Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
• Jangan buka atau ubahsuai produk demi mengelakkan sebarang kerosakan atau kecederaan.
• Produk ini hanya direka bentuk untuk kereta yang berkuasa voltan 12V saja.
• Jangan mencabut atau mengalihkan produk daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu.
• Semasa i-CHARGE digunakan, pastikan setiap palamnya dimasukkan ke dalam soket dengan selamat.
• Jika soket suis pencucuh terlonggar, ketatkan setiap mata soket sebelum ia dipasang.
• Kesan penjimatan petrol adalah berbeza-beza mengikut cara memandu, iklim, keadaan jalan raya dan jenis kereta masing-masing.